Penduduk rayu percepat selenggara landasan keretapi

11 Nov 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tenom: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) digesa segera menyelenggara landasan keretapi dari Kampung Rayoh yang menuju Pangi sebelum ke Tenom.

Menurut seorang penduduk Kg Rayoh, Rahimin Saji, sudah lebih setahun sejak landasan itu rosak akibat tanah runtuh yang berlaku pada 31 Oktober tahun lalu.

“Penduduk amat terkesan dengan kegagalan JKNS menyelenggara landasan keretapi itu,” katanya kepada Harian Ekspres pada Jumaat.

Menurut Rahimin, ramai pejawat awam, ibu-ibu hamil dan warga emas terpaksa menggunakan motor troli untuk sampai ke Pangi dan dari sana, mereka akan menaiki kenderaan untuk ke Tenom.

View Original Article