
Oleh AMIRUL FAZLI
HULU LANGAT, 10 OGOS: Calon Barisan Nasional (BN) DUN Semenyih yakin memenangi kerusi tersebut selepas melihat sambutan daripada penduduk terhadap dirinya begitu positif.
Mengakui tidak kekok mendekati penduduk, Wan Zulaika Anua berkata dirinya sudah biasa menguruskan kerja kebajikan sejak sekian lama.
“Setakat ini, saya melihat pelbagai bangsa di Semenyih memberi respon yang baik kepada saya dan harap mereka dapat menterjemahkan dalam bentuk undi pada 12 Ogos ini.
“Saya tidak kekok dalam soal menyantuni masyarakat kerana saya telah aktif sejak dahulu terutama ketika di lantik sebagai ketua wanita bahagian UMNO lagi,”katanya ketika melakukan kempen di sekitar Semenyih.

Tambahnya, keyakinan Pengurusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari terhadap dirinya membuatkan beliau semakin bersemangat untuk memastikan kerusi DUN Semenyih menjadi penyumbang untuk pembentukan kerajaan perpaduan di negeri ini.
Wan Zulaika turut berpuas hati melihat kerjasama antara jentera BN bersama HARAPAN dalam gerak kerja yang dilakukan sepanjang berkempen.
Dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini, DUN Semenyih menyaksikan pertemuan dua penjuru antara Wan Zulaika menentang Nushi Mahfodz dari (Perikatan Nasional).

The post Penduduk sambut baik, Wan Zulaika yakin menang di DUN Semenyih appeared first on Selangorkini.

