Penduduk Sandakan bantah cadangan kenaikan cukai pintu

3 Oct 2023 • 1:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Satu bantahan secara aman terhadap cadangan kenaikan cukai pintu daerah ini diadakan di hadapan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), pada Isnin.

Protes aman itu bagi membantah cadangan pihak MPS menaikkan kadar cukai pintu yang akan dikuat kuasa pada tahun hadapan.

Ia turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong, ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib serta lebih 50 orang awam.

Calvin menyampaikan memorandum berkenaan bantahan itu kepada Timbalan Presiden MPS, Wilson Thomas. Calvin memberitahu pemberita, mereka berpendapat cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini melihat kepada harga barang dan kos sara hidup lain yang semakin meningkat.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya harap MPS dapat mempertimbangkan cadangan itu dengan melihat situasi semasa dan yakin kepimpinan MPS mampu menyelesaikan isu penduduk setempat,” katanya.

Beliau juga berharap pihak MPS dapat memburu mereka yang culas membayar cukai pintu melebihi RM40 juta yang dikatakan sebelum ini sebelum melaksanakan cadangan menaikkan cukai pintu.

Jelasnya, hasil cukai pintu tertunggak ini penting dalam melaksanakan kerja-kerja infrastruktur di Sandakan termasuk kemudahan lampu dan selenggara serta pemotongan rumput dan yang lain.

Sementara itu, Arunarnsin berkata, pihaknya tidak membantah atas cadangan MPS itu tetapi ia perlu selari dengan keutamaan semasa terlebih dahulu seperti menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat.

Dalam masa sama, pihaknya juga berharap orang ramai yang masih belum membayar tunggakan cukai pintu mereka segera membayar untuk kesejahteraan bersama.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.