Penduduk Sekinchan Gempar Dibadai Puting Beliung

6 Mar 2025 • 10:15 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penduduk Sekinchan Gempar Dibadai Puting Beliung

Beberapa kediaman dan premis perniagaan rosak teruk apabila bahagian bumbung bangunan diterbangkan puting beliung yang melanda sekitar Parit 4, Sekinchan, Selangor, kira-kira jam 7.35 pagi tadi.

Kejadian yang menggemparkan penduduk itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman Facebook.

Menerusi video perkongsian orang awam, kejadian tersebut bermula dengan hujan lebat dan angin kencang yang kemudiannya menghasilkan pusaran puting beliung. Beberapa gerai dan bumbung rumah diterbangkan tatkala pusaran angin itu semakin menghampiri.

https://www.facebook.com/yazit.jakek/videos/1349604203028708/?idorvanity=1191657597917700

Kenderaan turut berhenti daripada meneruskan perjalanan ketika pusaran angin membadai.

Pusaran angin tersebut dilihat menghala ke arah sawah padi dan menerbangkan bumbung rumah yang berdekatan sebelum menghilang.

Dalam rakaman yang lain, pihak Bomba dilihat berada di tempat kejadian sejurus selepas keadaan kembali reda.

Berita lanjut menyusul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved