Penduduk Setinggan Curi Air Antara Punca UMS Hadapi Masalah Bekalan Air

11 Jan 2024 • 9:07 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Antara punca masalah bekalan air di UMS kerap terjadi adalah kewujudan hampir 12,000 penduduk setinggan di kawasan Sepanggar yang dipercayai mencuri air untuk kegunaan harian mereka.

Memetik laporan dari Harian Metro, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memaklumkan yang hal tersebut dinyatakan sendiri kerajaan negeri kepada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penduduk setinggan curi air antara punca

Ujarnya, koloni setinggan ini telah menimbulkan masalah bekalan air susulan tindakan mereka yang melakukan penyambungan haram sehingga mengakibatkan 18 juta liter sehari (MLM) dicuri penghuni penempatan tersebut

“Selain setinggan, pertumbuhan pesat taman perumahan antara Kota Kinabalu dan Tuaran serta pengoperasian kilang besar yang meningkat di Taman Perindustrian Kota Kinabalu turut menyumbang kepada peningkatan permintaan air.

“Pada masa sama, pengubahan paip air utama di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo antara Kota Kinabalu dan Tuaran juga menyebabkan gangguan air yang teruk,” katanya.

UMS hadapi masalah bekalan air, jejas rutin warga

Dalam pada itu, beliau turut mengulas isu kekurangan bekalan air yang dihadapi UMS yang dihadapi kini bukan sahaja menjejaskan aktiviti harian, malah memberi kesan yang cukup besar buat para penuntut yang tinggal di kolej kediaman universiti terbabit.

image is not available

Kredit foto: UMS

UMS hadapi masalah bekalan air, kerajaan negeri janji selesaikan isu

Susulan daripada itu, Abdul Rahman menyatakan yang pihak kerajaan negeri berjanji untuk menyelesaikan isu bekalan air yang dihadapi secara pukal, namun mengakui bahawa ia memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan.

image is not available

Kredit foto: News Straits Times

Difahamkan, peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu itu tertakluk kepada kaedah perolehan kerajaan.

“Duit itu dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Sabah, bukan UMS,” jelas Abdul Rahman lagi.

Sumber: Harian Metro (Izwan Abdullah)