Penduduk Sungai Niah Gempar Temui Mayat Remaja Wanita Tersangkut Dalam Pukat Nelayan

22 Feb 2024 • 5:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mayat tersebut dikatakan tersangkut di dalam jaring nelayan

Penduduk Sungai Niah Gempar Temui Mayat Remaja Wanita Tersangkut Dalam Pukat Nelayan. Penduduk kampung telah menjumpai mayat seorang perempuan berusia 20 tahun yang tersangkut di dalam jaring nelayan pada awal pagi semalam di Sungai Niah.

Menurut laporan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, mangsa dikenali sebagai penduduk Rumah Boniface Bada, Sungai Senga, Tanjung Baru, Suai Niah.

image is not available
Penduduk Sungai Niah Gempar Temui Mayat Remaja Wanita Tersangkut Dalam Pukat Nelayan

Dalam laporan tersebut disebutkan bahawa pihak bomba menerima panggilan daripada ketua rumah panjang, Edward Chai, mengenai penemuan mayat berkenaan yang dibuat bersebelahan dengan rumah panjangnya pada pukul 7.10 pagi.

Susulan panggilan yang diterima itu, satu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah telah dihantar ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 54km dari balai berkenaan.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang operasi dijalankan memandangkan penduduk kampung telah mengeluarkan mayat dari sungai sambil menunggu ketibaan anggota bomba.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Rumah Boniface Bada.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved