Penduduk Taman Melati bersyukur dikunjungi Mobile Clinic MAIWP – MAPIM

3 Oct 2022 • 1:37 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Kuala Lumpur : Pada 30 September dan 1 Oktober lepas, Mobile Clinic Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah memberi khidmat kepada penduduk di Taman Melati, Kuala Lumpur.

image is not available

Bagi memudahkan penduduk mendapatkan khidmat Mobile Clinic ini, pasukan Mobile Clinic telah berpecah di dua kawasan, iaitu di Surau Darussalam Seri Tioman 1, dan Madrasah Iktisamiah. Manakala Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati pula dijadikan sebagai command centre.

image is not available

Menurut Haji Ibrahim bin Haji Dollah, Pengerusi Biro Kebajikan Masjid Salahuddin Al Ayubi, program klinik bergerak begini adalah julung-julung kali diadakan di kawasan ini. Dia turut mengucapkan rasa terima kasih kepada pihak MAIWP dan MAPIM kerana membantu meringankan sedikit beban penduduk B40 dan warga emas di kawasan tersebut.

image is not available

Malah jumlah penduduk yang mendapat rawatan sepanjang program tersebut melebihi jangkaan, iaitu seramai 80 orang.

Pihak penduduk juga berharap program begini akan kerap diadakan di Taman Melati kerana ia banyak memudahkan penduduk.

image is not available