Penduduk teruja sertai Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Klang, manfaat saringan percuma

LocalHealth & Fitness
28 Jun 2026 • 3:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Penduduk teruja sertai Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Klang, manfaat saringan percuma

KLANG, 28 JUN: Program Jom ‘Hike’ Sihat Fest 2026 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) disifatkan sebagai inisiatif yang wajar dilaksana secara berkala kerana memberi manfaat besar dalam menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Kakitangan swasta, Nurfatin Qistina Azman, 35, berkata selain aktiviti riadah bersama keluarga, program berkenaan turut memberi peluang kepada orang ramai menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Image from: Penduduk teruja sertai Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Klang, manfaat saringan percuma
Nurfatin Qistina Azman, 35. Foto NORASYIDAH ARSHAD/MEDIA SELANGOR

“Saya datang sini untuk sokong anak yang minat aktiviti mendaki tapi tak sangka ada banyak program menarik. Sementara tunggu anak, saya dengan suami terus periksa tahap kesihatan masing-masing.

“Secara tak langsung, sambil luang sama dengan keluarga, dapat juga tahu kandungan gula, kolesterol, darah tinggi dan tahap kesihatan. Program ini memang beri manfaat,” katanya kepada Media Selangor.

Sementara itu, peserta, Emy Low, 58, berkata program tersebut memberi ruang kepada beliau dan rakan-rakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti kesihatan termasuk mendaki, senam aerobik dan zumba.

Image from: Penduduk teruja sertai Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Klang, manfaat saringan percuma
Emy Low, 58. Foto NORASYIDAH ARSHAD/MEDIA SELANGOR

“Kami bermula dari awal pagi. Semua aktiviti kami lakukan termasuk juga jalankan pemeriksaan percuma. Program seperti ini memang kami nantikan untuk dapatkan kesihatan yang baik memandangkan semakin berumur,” katanya.

Terdahulu, program yang berlangsung di Taman Rakyat itu dirasmikan Datuk Bandar Klang, Dato’ Abdul Hamid Hussain dan mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 2,000 peserta pelbagai peringkat usia.

Image from: Penduduk teruja sertai Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Klang, manfaat saringan percuma
Lebih 2,000 individu menyertai Jom 'Hike" Sihat Fest sempena Hari Bapa di Taman Rakyat, Klang pada 29 Jun 2026. Foto Majlis Bandaraya Diraja Klang

Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pakar Perubatan Sri Kota Klang yang turut menyediakan pemeriksaan dan kaunseling kesihatan percuma, termasuk saringan mamogram dan ujian kanser serviks, selain pembukaan kaunter bayaran cukai oleh MBDK.

Turut diadakan kempen pendermaan organ, aktiviti seni hiasan belon, permainan keluarga serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Image from: Penduduk teruja sertai Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Klang, manfaat saringan percuma
Orang ramai tidak melepaskan peluang menjalani saringan dan kaunseling kesihatan percuma daripada Pusat Pakar Perubatan Sri Kota Klang sempena Program Jom ‘Hike’ Sihat Fest di Taman Rakyat, Seri Andalas, Klang pada 28 Jun 2026. Foto Majlis Bandaraya Diraja Klang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved