
RANAU: Penduduk tujuh kampung di kawasan Paginatan merayu agar jambatan gantung yang rosak akibat banjir pada pertengahan Januari lalu dibaiki segera.
Jambatan gantung sepanjang kira-kira 100 meter itu perlu dibina semula atau sekurang-kurangnya dibaik pulih untuk keselesaan penduduk setiap hari termasuk memudahkan pelajar ke sekolah.
Seorang penduduk Kg Lungkidau yang mahu dikenali sebagai Fauziah Ezf berkata, kira-kira 5,000 penduduk dari tujuh kampung iaitu Kampung Paginatan, Lungkidau, Toporo, Bunakon, Torikon, Soborong dan sebahagian Kampung Kigiwit menggunakan jambatan gantung itu untuk menyeberangi Sungai Liwagu.
Fauziah berkata, jambatan gantung itu menjadi laluan utama penduduk ke Pekan Ranau, Klinik Kesihatan Paginatan dan pelajar ke sekolah, selain laluan mengangkut hasil pertanian selepas jambatan konkrit itu runtuh beberapa tahun lalu.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Katanya, keadaan jambatan gantung yang kini condong itu dikhuatiri mengundang bahaya kepada pengguna.
“Sekiranya jambatan ini tidak dibaiki segera, ia akan mengancam nyawa pengguna terutama pelajar yang melaluinya setiap hari ke sekolah.
“Justeru sebelum apa-apa berlaku terutama melibatkan kemalangan jiwa, saya mewakili ribuan penduduk memohon agar pihak terbabit mengambil tindakan sewajarnya bagi membaiki jambatan berkenaan,” katanya.
Menurut Fauziah, susulan jambatan gantung yang rosak dan dikhuatiri tidak selamat digunakan, terdapat penduduk kampung termasuk seorang ibu hamil lapan bulan terpaksa meredah air sungai untuk menyeberang kerana tidak berani menggunakan jambatan gantung yang senget.
Mujurlah, katanya, paras air sungai Liwagu kini cetek berikutan musim kemarau sejak beberapa minggu lalu.
“Nasib baik paras air sungai itu cetek dan tidak mengalir deras, jika tidak, bagaimana ibu mengandung boleh menyeberangi sungai untuk mendapatkan rawatan di klinik atau berurusan di pekan?,” soal Fauziah.
Pada masa sama, Fauziah turut meminta wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan dan Parlimen Ranau mendapatkan peruntukan bagi membina semula jambatan konkrit merentas Sungai Liwagu ke Kg Lungkidau yang runtuh pada 2022. Untuk rekod, jambatan konkrit sepanjang 133 meter itu dibina pada September 2016 sebelum dibuka pada Disember 2016, tetapi runtuh pada Januari 2022.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



