
PAPAR: Penduduk kampung Ulu Kaiduan di sini terpaksa mengusung keranda menyeberang sungai cetek dengan batuan licin untuk upacara pengkebumian salah seorang penduduk di sana, pada Ahad, kerana jambatan gantung di kampung itu tidak selamat untuk digunakan.
Presiden Angkatan Gabungan Rakyat Asli Sabah (Agaras) Micheal Frederick, berkata jambatan itu tidak boleh digunakan kerana terlalu usang.
“Ini kali ketiga saya memohon kepada pihak berkenaan agar jambatan itu dibaiki dengan segera untuk manfaat penduduk,” katanya.
Micheal berharap agar isu jambatan itu diambil perhatian segera dan diganti dengan jambatan lebih selesa dan
selamat.
“Mujurlah pada hari pengkebumian itu, tidak berlaku banjir,” katanya.
Harian Ekspres pernah menyiarkan isu jambatan dihadapi penduduk kampung Ulu Kaiduan itu pada 13 Januari lalu.
Jambatan itu dibina pada tahun 1970-an dan kini dalam keadaan usang di mana sebagian kabel telah putus dan ada yang berkarat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


