Pendudukan Israel Di Kawasan Rakyat Palestin “Tidak Sah” – ICJ

20 Jul 2024 • 9:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pendudukan Israel Di Kawasan Rakyat Palestin “Tidak Sah” – ICJ

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat memutuskan bahawa pendudukan Israel di kawasan rakyat Palestin selama berdekad-dekad adalah “tidak sah” dan harus dihentikan segera.

Presiden ICJ, Nawas Salam berkata, Israel oleh itu hendaklah menghentikan segala aktiviti pendudukan baharu dan memindahkan penduduknya dari kawasan rakyat Palestin.

“Mahkamah mendapati bahawa kehadiran berterusan Israel di kawasan rakyat Palestin adalah “tidak sah”.

“Oleh itu, Israel hendaklah menghentikan serta-merta semua aktiviti pendudukan baharu dan memindahkan semua penduduknya,” kata Salam.

Keputusan ICJ itu disampaikan melalui Pendapat Nasihat mengenai kesan Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di kawasan rakyat Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.

Pendapat Nasihat berkenaan diminta oleh Perhimpunan Agong PBB pada 2022 dan ICJ memulakan sesi pendengaran sejak Februari lepas.

Sepanjang sesi pendengaran yang mendapat sokongan majoriti anggota PBB, kebanyakkan meminta Israel untuk menghentikan segera aktiviti pendudukan di kawasan rakyat Palestin yang berlarutan selama 57 tahun.

Mereka memberi amaran bahawa aktiviti pendudukan yang berterusan boleh menggugat kestabilan di Timur Tengah dan lainnya.

Dalam pada itu, menerusi laporan BERNAMA, Malaysia dilapor telah menyambut baik keputusan yang diumumkan oleh ICJ.

Sumber: AFP