Penempah awal siri Galaxy S23 akan menerimanya mulai 17 Februari ini

Digital
16 Feb 2023 • 3:34 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri terbaru Galaxy S23 yang telah diumumkan pada awal Februari, kini boleh mula diambil bagi penempah awal bermula 17 Februari. Pelanggan yang telah membuat tempahan awal siri Galaxy S23 ini akan menjadi antara yang terawal dapat menggunakan telefon pintar flagship tersebut.

image is not available

Bagi yang tidak tahu, promosi tempahan awal Siri Galaxy terbaru ini akan diberikan storan dua kali ganda lebih besar yang bernilai sehingga RM500. Diskaun sehingga 30% juga akan diberi untuk membeli produk tambahan terpilih seperti Samsung aksesori, Galaxy Tablets, Galaxy Watch, Siri Galaxy Buds dan Samsung Care+.

image is not available

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan promosi untuk yang menempah di atas talian dan di kedai fizikal. Penempah awal yang membuat tempahan di atas talian akan menerima RM400 e-voucher, manakala tempahan di kedai fizikal akan menerima aksesori percuma bernilai RM458 (Silicone Grip Cover + Super Fast Wireless Charger Duo). 

Berminat dengan promosi tersebut? Anda masih boleh tempah sekarang kerana promosi tempahan awal masih berjalan sehingga 23 Februari.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang telefon Samung terbaru ini, boleh rujuk artikel Galaxy S23/23+ di sini dan Galaxy S23 Ultra disini. Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan di Stor Online Samsung Malaysia.