Penempatan haram di Nilai dibina atas tanah persendirian

4 Feb 2023 • 12:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian.

SEREMBAN - Penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diserbu Jabatan Imigresen di Nilai Spring, Nilai di sini pada Rabu lalu dibina atas tanah milik persendirian.

Pegawai Daerah Seremban, Mohd Nizam Tajul Arus berkata, tanah terbabit dipercayai diceroboh dan pemiliknya kemungkinan tidak menyedari perkara itu.

"Siasatan lanjut mendapati tanah itu milik persendirian iaitu syarikat tempatan dan disebabkan lokasinya di dalam hutan, dia tidak tahu ia telah diceroboh.

"Jadi kita tidak boleh buat apa-apa kerana tanah yang diceroboh bukan tanah milik kerajaan," katanya kepada media pada Jumaat.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali ketika dihubungi turut mengesahkan kawasan penempatan haram terbabit adalah milik syarikat persendirian.

Menurut beliau, pihaknya difahamkan syarikat terbabit telahpun mengambil tindakan merobohkan struktur yang dibina di situ.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seramai 68 warga Indonesia telah diperiksa dalam serbuan di lokasi penempatan haram terbabit dan hasilnya seramai 67 orang berusia di antara dua bulan hingga 72 tahun terdiri daripada 11 orang lelaki, 20 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan 16 kanak-kanak perempuan telah ditahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved