Penempatan PATI digempur, 21 ditahan

30 Apr 2026 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penempatan PATI digempur, 21 ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu di sekitar tapak pembinaan di Batu Pahat, Isnin lalu.
Image from: Penempatan PATI digempur, 21 ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu di sekitar tapak pembinaan di Batu Pahat, Isnin lalu.

BATU PAHAT - Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Sapu di sekitar kawasan tapak pembinaan di daerah ini, Isnin lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus, berkata operasi yang bermula kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan hasil risikan serta aduan awam berhubung kehadiran PATI yang menetap di rumah kongsi dan dipercayai bekerja secara haram.

“Serbuan mengejut mendapati semua warga asing terbabit berada di rumah kongsi yang dijadikan tempat tinggal.

**media[3506863]**

“Terdapat cubaan melarikan diri, namun berjaya dipatahkan anggota penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan yang ditahan, 14 adalah lelaki warga Indonesia, empat lelaki warga Bangladesh dan tiga wanita warga Indonesia berusia antara 19 hingga 54 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati sebahagian daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain tinggal melebihi tempoh dibenarkan.

Kesemua PATI berkenaan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk siasatan lanjut.