Penempatan selatan Lubnan diserang, empat pekerja perubatan cedera

13 Oct 2024 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MOSCOW, 13 OKT: Tentera Israel menyerang sebuah penempatan bangunan di selatan Lubnan ketika kru ambulans sedang menjalankan tugas di lokasi itu, menurut Palang Merah Lubnan pada Ahad, sambil menambah bahawa empat pekerja perubatan cedera, lapor Sputnik.

“Berikutan serangan udara ke atas sebuah rumah di Sirbine, Selatan Lubnan pada Ahad, 13 Okt, 8 pagi (0500 GMT), pasukan ambulans Palang Merah Lubnan telah dikerahkan ke lokasi dengan kerjasama UNIFIL. Semasa pasukan sedang mencari mangsa untuk diselamatkan, rumah itu diserang sekali lagi, mengakibatkan gegaran otak kepada sukarelawan dan kerosakan pada dua ambulans. Para sukarelawan yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan baik,” kata Palang Merah Lubnan di platform X.

Serangan itu mencederakan empat pekerja perubatan, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA-SPUTNIK

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved