Penemuan Mayat Reput Remaja: Teman Lelaki & Dua Ahli Keluarga Ditahan Polis

31 Dec 2024 • 8:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gempar penemuan mayat reput di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu dan mangsa dipercayai merupakan remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember.

Susulan itu, pihak polis telah menahan tiga orang lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan terbabit yang kini direman sehingga 5 Januari untuk membantu siasatan.

image is not available

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 16, 20, dan 51 tahun, membabitkan teman lelaki serta dua ahli keluarganya.

Berikutan penemuan (mayat) ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengklasifikasikan semula siasatan kertas inkuiri orang hilang kepada siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Proses bedah siasatan telah dijalankan di Hospital Banting dan pihak polis masih menunggu keputusan analisa ujian DNA untuk mengesahkan mangsa memandangkan keadaan mayat sudah reput dan tidak dapat dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan kehilangan remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan di Kajang selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Kali terakhir remaja itu dilihat di gelanggang bola keranjang terbabit berbaju tarian singa berwarna merah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 months ago

Kes Orang Hilang Makin Banyak, Netizen Saran ‘Download’ Aplikasi Life360 - “Keluarga Sentiasa Tahu Kita Ada Dekat Mana”