Penentuan Sempadan Malaysia-Indonesia Bersandarkan Konvensyen & Perjanjian Ditetapkan – Anwar Ibrahim

LocalPolitics
4 Feb 2026 • 1:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penentuan sempadan antara Malaysia dan Indonesia termasuk tiga kampung di Nunukan, Kalimantan Utara adalah bersandarkan kepada konvensyen dan perjanjian ditetapkan.

Menurutnya, ia tidak bersandarkan kepada prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Konvensyen dan perjanjian antara Kerajaan British dan Kerajaan Belanda

Jelas Anwar, asas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan Indonesia adalah berdasarkan kepada dua konvensyen dan satu perjanjian iaitu Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda 1891 bagi keseluruhan Sabah dan Sarawak.

“Bagi Sabah, perjanjian persempadanan antara kerajaan British dan kerajaan Belanda dan untuk sebahagian kecil sektor di Sarawak, ia membabitkan Konvensyen Persempadanan antara Kerajaan British dan Belanda yang ditandatangani di Hague pada 26 Mac 1928,” katanya dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan isu Jajaran Sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat hari ini (4 Februari).

Sebelum ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menjelaskan laporan media yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah-Kalimantan adalah tidak tepat.

Boleh beri pendapat, jangan sampai singgung perasan Indonesia – Anwar

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan agar semua pihak tidak menyinggung Indonesia dalam memberikan pendapat mengenai isu berkenaan.

Tegasnya, sebarang pendapat boleh diraikan namun janganlah sampai menyinggung perasaan sekali gus menyebabkan hubungan baik antara dua negara terjejas.

“Kita kena jaga hubungan kita dengan Indonesia sejak 1974 yang sangat baik. Rundingan (persempadanan) diteruskan di semua peringkat.

“Selalunya kerjasama antara dua pihak itu dari serendah-rendah pegawai hinggalah kepada menteri dan Perdana Menteri dengan Indonesia sangat baik.

“Kita boleh berbeza pendapat tetapi jangan menjatuhkan hukuman dan jangan juga menyinggung perasaan rakan kita di Indonesia yang berusaha untuk menjalin hubungan yang sangat baik dan akrab di antara dua negara,” katanya.

Tiga buah perkampungan di Indonesia masuk wilayah Malaysia

Terdahulu, tiga buah perkampungan di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia secara rasmi berada dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garis sempadan antara kedua-dua negara itu.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Badan Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komisioner Jeneral Polis Makhruzi Rahman ketika sesi mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Jakarta Pusat pada 21 Januari lalu.

Menurutnya, tiga isu sempadan atau ‘Outstanding Boundary Problem’ telah dipersetujui secara rasmi melalui pemeteraian memorandum persefahaman pada Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 yang berlangsung di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025.

“Perjanjian itu melibatkan titik sempadan B-2700, B-3000 serta kawasan Simantipal. Ini menjadikan kira-kira 127 hektar tanah di Pulau Sebatik kekal berada dalam wilayah Indonesia,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

Unik! Rumah Dua Negara, Bahagian Dapur Di Malaysia & Ruang Tamu Di Indonesia