Penerapan Nilai Kenegaraan Perlu Diperkukuh Demi Pembinaan Negara Bangsa – PM Anwar

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 11:58 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Penerapan Nilai Kenegaraan Perlu Diperkukuh Demi Pembinaan Negara Bangsa – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penerapan nilai kenegaraan perlu terus diperkukuh bagi melahirkan masyarakat yang berjati diri, berintegriti, serta berpegang teguh kepada nilai murni demi mengangkat martabat Malaysia.

Menurut beliau, usaha berkenaan amat penting dalam menyemai semangat cintakan tanah air menerusi pembentukan komuniti yang berteraskan nilai-nilai kenegaraan.

“Dalam Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang saya pengerusikan hari ini, saya menekankan kepentingan penerapan nilai kenegaraan agar semangat cintakan negara terus subur dalam kalangan rakyat,” kata beliau menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya, malam ini.

Perkembangan Positif PLKN

Dalam mesyuarat yang sama, Anwar memaklumkan bahawa beliau turut mendengar taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Prestasi program berkenaan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan selain menerima sambutan yang amat baik daripada para peserta serta ibu bapa.

“Program ini wajar terus diperkasakan sebagai wadah membina jati diri, disiplin serta ketahanan rakyat,” jelas beliau.

Selain itu, Perdana Menteri menyatakan bahawa mesyuarat tersebut turut mengetengahkan peranan penting Felo Kenegaraan. Platform ini menghimpunkan barisan tokoh dan negarawan daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama menyumbang idea kreatif serta bernas ke arah memperkukuh lagi agenda pembinaan negara bangsa.

(Sumber: BERNAMA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved