Penerbangan di Lapangan Terbang Chennai terjejas akibat hujan lebat

4 Dec 2023 • 5:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Penerbangan di lapangan terbang Chennai di selatan India terjejas akibat hujan lebat pada Isnin.

Lapangan terbang itu ditutup untuk penerbangan ketibaan mulai 9.17 pagi hingga 11.30 pagi waktu tempatan.

Banyak kawasan di Chennai dinaiki air, terputus bekalan elektrik dan mengalami gangguan internet pada Isnin, lapor media tempatan.

Sebanyak 10 penerbangan dilencongkan dan banyak lagi dibatalkan di lapangan terbang Chennai sejak Ahad malam kerana cuaca buruk susulan Siklon Michuang di Teluk Bengal, menurut laporan.

Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Chennai dan tempat lain di Tamil Nadu ketika siklon itu dijangka mendarat pada Isnin malam di selatan Andhra Pradesh dan pantai utara Tamil Nadu. -Bernama