Penerbangan Ke Bintulu Tertangguh 8 Jam Tanpa Notis, Individu Naik Bengang Marah Staf

24 Dec 2022 • 6:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Flight lambat 8 jam, ok. Penumpang lambat 1 minit, tutup gate” – netizen

Penerbangan Ke Bintulu Tertangguh 8 Jam Tanpa Notis, Individu Naik Bengang Marah Staf. Bengang dengan perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan, video ini tular di laman sosial gara-gara staf syarikat penerbangan ini kena sound dengan penumpang di ruang berlepas.

Sesiapa sahaja pasti geram dengan perkhidmatan syarikat penerbangan yang tangguh masa berlepas, kan? Lagi-lagi kalau ditangguh tanpa diberi notis..uishh memang menyirap lah kadang-kadang.

image is not available
Penerbangan Ke Bintulu Tertangguh 8 Jam Tanpa Notis, Individu Naik Bengang Marah Staf. Kredit: Tiktok @opmchimmy

Penumpang berkumpul di kaunter ruang berlepas.

Itulah yang dialami oleh penumpang Batik Air (Malindo Air) apabila masa penerbangan mereka terpaksa ditangguh selama 8 jam. Yang membuatkan penumpang geram, apabila penangguhan masa berlepas tersebut dilakukan tanpa notis.

Baru-baru ini telah tular satu kongsian video rakaman milik @opmchimmy di laman Tiktok beliau, apabila salah seorang penumpang tersebut naik bengang dan ‘sound’ salah seorang staf Malindo yang berada di kaunter ruang berlepas.

Lihat video penuh di bawah:

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

Terpaksa menunggu selama 8 jam di ruangan berlepas tanpa pengumuman

Difahamkan bahawa penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Bintulu.

Kongsian video tersebut telah meraih sebanyak 382.1K kali tontonan dan 22.2K tanda suka setakat artikel ini ditulis. Menurut pemilik video tersebut, mereka sepatutnya menaiki penerbangan pada pukul 11.35 malam pada 22/12/2022, tetapi ditangguhkan sehingga pada pukul 7.40 pagi pada 23/12/2022 tanpa sebarang pengumuman.

Menerusi di ruangan komen, kebarangkalian penerbangan ditangguh atas sebab cuaca yang agak buruk hingga menyebabkan beberapa tempat dan kawasan alami banjir.

Yelah, 8 jam tu bukan sekejap tau untuk flight delay niimage is not available Kesian la dengan anak-anak yang masih kecik lagi. Diorang tunggu dari malam sampai ke pagi. Nak tido pun susah. Apalah salah buat notis awal atau pengumuman dulu, kan?

Lagi artikel menarik yang berkaitan, anda boleh baca di bawah: