Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

8 Jan 2026 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

Malaysia Airlines dalam satu kenyatan hari ini memaklumkan, keputusan berpatah balik itu sebagai langkah berjaga-jaga susulan pengesanan ketidaknormalan (anomaly) pada penunjuk enjin.

“Selaras dengan prosedur keselamatan penerbangan standard, kru penerbangan telah memohon pengendalian keutamaan dan mematuhi arahan kawalan trafik udara, termasuk penggunaan kod transponder kecemasan, bagi memudahkan pesawat berpatah semula dengan selamat ke CDG untuk pemeriksaan teknikal.

“Pesawat tersebut mendarat dengan selamat pada pukul 3.35 petang waktu tempatan di Paris,” katanya.

Tambah kenyataan itu, penumpang yang terjejas telah ditempatkan semula ke syarikat penerbangan alternatif, manakala sebahagian yang lain ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang.

Ujarnya, penerbangan gantian MH21D dijadualkan berlepas dari CDG pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan hari ini.