Penerbangan United Airlines Dilencongkan Ke Washington Selepas Kecemasan “Biobahaya”

29 Jul 2024 • 11:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penerbangan United Airlines Dilencongkan Ke Washington Selepas Kecemasan “Biobahaya”

ISTANBUL, 29 Julai (Bernama-Anadolu) — Sebuah penerbangan United Airlines terpaksa dilencongkan selepas kejadian “biobahaya” di dalam pesawat menyebabkan anak kapal muntah dan penumpang meminta pelitup muka, lapor Agensi Anadolu.

Penerbangan 2477 yang dalam perjalanan ke Boston dari Lapangan Terbang Antara Benua George Bush di Houston pada pagi Ahad itu terpaksa mendarat awal di Washington DC supaya pesawat itu dapat menjalani “pembersihan menyeluruh” setelah seorang penumpang jatuh sakit, menurut laporan New York Post pada Isnin.

Keadaan menjadi begitu serius sehingga anak kapal dan penumpang mula merasa tidak sihat, menyebabkan juruterbang meminta lencongan, seperti yang dinyatakan dalam komunikasi radio oleh juruterbang.

Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Washington Dulles dan tiada seorang pun daripada 155 penumpang atau enam anak kapal memerlukan bantuan perubatan, menurut laporan itu.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved