Penerbit Kongsi ‘Spoiler’, ‘Weak Hero Class 1’ Sah Kembali Dengan Musim Ke-2

Entertainment
9 Oct 2023 • 11:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ada berita gembira buat penonton setia drama “Weak Hero Class 1”!

Terbaru pada 8 Oktober, drama Wavve “Weak Hero Class 1” telah berjaya menerima anugerah untuk drama OTT Original Terbaik di anugerah ‘2023 Asia Content Awards & Global OTT’.

Semasa menyampaikan ucapan penerimaannya, penerbit Kim Myung-jin mengesahkan bahawa drama itu akan kembali dengan musim ke-2,

Ketika ‘Weak Hero Class 1’ ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Busan tahun lepas, kami menerima banyak cinta. Kami telah sampai sejauh ini berkat sokongan semua orang dan kami merancang untuk mengumpul lebih banyak kekuatan untuk mencipta bab seterusnya.

Sambungnya lagi dengan memberi sedikit spoiler,

Kami berharap ramai orang akan menantikan dan mempunyai minat dalam cerita ini kerana kami akan terus menceritakannya. Harap ingat bahawa cerita yang akan datang akan benar-benar mengenai pahlawan yang lemah.

Bagi yang belum tahu, “Weak Hero Class 1” mengisahkan tentang seorang pelajar contoh yang cemerlang di sekolah, tetapi menjadi sasaran mudah pembuli kerana kelemahan fizikalnya. Oleh itu, dia akan melawan menggunakan otaknya. Ianya dibintangi Park Ji-hoon, Choi Hyun-wook, Hong Kyung, Lee Yeon dan Shin Seung-ho.

Sama-sama kita nantikan tayangan musim ke-2!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.