Penerbit Terkenal Tegur Bunga Citra Lestari Selepas Didakwa Minum Arak Dengan Suami Baru

Entertainment
6 Dec 2023 • 2:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini tersebar video menunjukkan Bunga Citra Lestari dan suami barunya, Tiko Aryawardhana meraikan majlis pernikahan mereka di dalam sebuah kelab malam bersama rakan-rakan.

Apa yang membuatkan ramai peminat BCL kecewa adalah apabila terlihat pasangan itu seperti sedang minum minuman keras.

BCL bagaimanapun masih mendiamkan diri walaupun video itu sudah tersebar luas. Apapun, penerbit terkenal, David Teo tampil memberikan teguran buat BCL agar tidak lalai.

image is not available

Bersuka ria selepas majlis pernikahan pasti ada sebabnya. Tapi janganlah lalai dengan hiburan yang pasti ada terselitnya keburukan.

Masih ada peluang untuk jadi yang lebih baik.

David Teo menaikkan teguran terbuka ini di Instagram miliknya dan rata-rata tersentuh dengan tegurannya kerana ianya datang daripada seorang individu bukan Muslim.

image is not available

Diharapkan BCL dan suami jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran dan berubah untuk jadi lebih baik.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.