
Kota Kinabalu: Penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dinasihat untuk melaporkan diri di Pejabat Kebajikan Daerah masing-masing setiap tiga bulan untuk terus layak menerima bantuan.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata ini berikutan sistem JPKA yang mengemas kini maklumat data penerima secara automatik bagi mengelak kebocoran.
“Sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan ketirisan atau lebihan bayaran kepada yang tidak layak atau meninggal dunia, semua penerima perlu melaporkan diri di pejabat kebajikan daerah masing-masing setiap tiga bulan.

