Penerima Kedua Implan Otak Neuralink Kini Mengawal Counterstrike Dengan Hanya Berfikir

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Neuralink mengumumkan implan otak kedua yang diberikan kepada manusia kini berjalan dengan lancar. Penerima yang menggunakan nama samaran Alex dikatakan kini boleh mengawal permainan Counterstrike, dan menggunakan perisian CAD Fusion 360 dengan hanya berfikir. Menerusi perisian CAD, Alex berjaya mereka cagak pengecas Neuralink yang direalisasikan menggunakan pencetak 3D.

image is not available

Lagi berita baik bagi Neuralink isu wayar tercabut daripada otak yang dialami oleh penerima implan pertama tidak dikesan pada Alex. Alex menerima implan Neuralink bulan lalu, enam bulan selepas penerima pertama menerimanya pada bulan Januari. Ujian klinikal ke atas manusia dilakukan selepas Neuralink menerima kebenaran daripada FDA. Sebelum ini muncul laporan ujian ke atas monyet, biri-biri dan khinzir menyebabkan kematian.

Sasaran Neuralink ialah untuk membolehkan mereka yang lumpuh menjalani kehidupan yang normal menggunakan implan otak mereka. Selain Neuralink, implan otak yang dibangunkan oleh University of California, San Francisco membolehkan pesakit strok kembali bercakap. Implan otak Synchron juga membolehkan peranti dikawal dengan berfikir dua tahun lalu.

View Original Article