Penerima Kedua Jantung Babi Diubah Suai Meninggal Lepas 6 Minggu Pemindahan

WorldHealth & Fitness
2 Nov 2023 • 3:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pesakit jantung Amerika Syarikat, Lawrence Faucette, 58 yang merupakan penerima jantung babi diubah suai secara genetik dilaporkan meninggal dunia.

Meninggal lepas 6 minggu

Menerusi laporan dari CNN, Faucette telah mengehembuskan nafasnya terakhir pada Isnin lalu selepas enam minggu menerima organ tersebut.

image is not available

Kredit foto: The Straits Times

Penerima jantung babi diubah suai kedua

Menurut Pegawai Pusat Perubatan Universiti Maryland, lelaki berkenaan merupakan pesakit kedua yang menjalani prosedur pemindahan jantung babi yang diubah suai secara genetik di pusat perubatan berkenaan.

Difahamkan, organ berkenaan lebih serasi dengan penerima manusia dan tidak akan ditolak oleh sistem imun manusia.

image is not available

Kredit foto: CNN

Penerima jantung babi diubah suai tunjuk perkembangan pada awalnya

Pakar bedah dan pengarah program saintifik xenotransplantasi jantung di pusat perubatan berkenaan, Dr Muhammad Mohiuddin memaklumkan yang dia telah terbabit dalam prosedur pemindahan terbabit termasuklah memantau pemulihan pesakit selepas pemindahan.

Dalam pada itu, Dr Bartley Griffith yang juga seorang pakar bedah memberitahu yang hasrat Faucette adalah untuk melihat pasukan perubatan memanfaatkan sepenuhnya apa yang mereka pelajari.

“Berdasarkan daripada pengalaman kami, orang lain mungkin mempunyai peluang untuk jantung baharu apabila organ manusia tidak tersedia,” katanya.

image is not available

Kredit foto: Forbes

Ujarnya lagi, jantung yang dipindahkan ke Faucette berfungsi dengan baik dan tiada tanda-tanda penolakan pada bulan pertama.

Pesakit juga telah menjalani terapi bagi fizikal bagi membolehkannya berjalan semula.

Terdahulu, David Bennett, 57, telah menjadi pesakit jantung pertama melakukan prosedur pemindahan tersebut sekitar tahun 2022.

Walau bagaimanapun, dia telah mengalami pelbagai komplikasi susulan ditemui virus pada jantung babi yang baru diterimanya.

Kedua-dua pesakit berkenaan mempunyai penyakit jantung sebelum menerima organ yang dipindahkan. Malah, keduanya tidak berjaya pulih sepenuhnya untuk dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber: CNN

View Original Article