Pengacara, ahli perniagaan ditahan bantu siasatan audio siar sentuh sensitiviti agama

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 11:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pengacara, ahli perniagaan ditahan bantu siasatan audio siar sentuh sensitiviti agama
Polis mengesahkan penahanan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kandungan audio siar dipercayai menyentuh isu sensitiviti agama.

SHAH ALAM - Polis mengesahkan penahanan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kandungan audio siar dipercayai menyentuh isu sensitiviti agama.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pengacara bebas dan ahli perniagaan masing-masing berusia lingkungan 30-an dan 60-an itu ditahan pada Khamis selepas polis menerima laporan berkaitan kandungan terbabit pada Rabu.

"Polis menerima satu laporan mengenai satu kandungan klip video iaitu audio siar dibuat oleh dua individu yang membincangkan isu fahaman sekular dan liberal.

"Klip video itu telah dimuat naik menerusi platform media sosial dengan kandungan audio siar itu ada menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R),” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Ramsay berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298/504/505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan proses siasatan. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved