Pengacara & Penyampai Radio Digantung Tugas, Didakwa Akses Ruang Sembang Ped*fil*a Dalam Pesawat

5 Sep 2026 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pengacara dan penyampai radio, Jim Thornton, 61, digantung tugas selepas didakwa mengakses sebuah ruang sembang berkaitan pedofilia ketika berada dalam penerbangan.

Menurut laporan Page Six, pihaknya menerima foto yang didakwa menunjukkan Thornton menggunakan komputer riba ketika menaiki penerbangan American Airlines pada 14 Mei lalu.

Advertisement

pengacara

Paparan pada skrin komputer riba berkenaan didakwa menunjukkan mesej daripada sebuah ruang sembang yang dikaitkan dengan golongan pedofilia.

Malah, pengacara rancangan Wheel of Fortune itu dipercayai berada dalam ruang sembang tersebut selama hampir sejam.

Penumpang Laporkan Kepada Kru Kabin

Kejadian berkenaan disedari seorang penumpang yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada kru kabin sebelum pihak berkuasa turut dihubungi.

Image from: Pengacara & Penyampai Radio Digantung Tugas, Didakwa Akses Ruang Sembang Ped*fil*a Dalam PesawatImage from: Pengacara & Penyampai Radio Digantung Tugas, Didakwa Akses Ruang Sembang Ped*fil*a Dalam Pesawat

Pihak berkuasa difahamkan menunggu sehingga pesawat yang dinaiki Thornton mendarat sebelum melakukan soal siasat terhadapnya.

Bagaimanapun, Thornton tidak ditahan atau didakwa berhubung kejadian tersebut.

Peguam Dakwa Thornton Tersalah Akses Laman

Sementara itu, peguamnya, Allison Hart, menjelaskan bahawa anak guamnya sebenarnya tersalah mengakses laman berkenaan ketika sedang mencari sokongan berkaitan kesihatan mental.

Menurut Hart, Thornton aktif dalam usaha pencegahan bunuh diri selepas kehilangan seorang ahli keluarga akibat bunuh diri kira-kira dua tahun lalu.

“Apabila dia menyedari tujuan sebenar laman web tersebut, dia terus meninggalkan halaman berkenaan dan tidak pernah mengaksesnya lagi,” ujarnya.

Hart turut menegaskan Thornton tidak pernah melihat, memuat turun atau mengakses sebarang bahan pornografi kanak-kanak yang menyalahi undang-undang.

Dalam perkembangan sama, pihak Sony mengesahkan Thornton telah digantung daripada rancangan Wheel of Fortune sementara siasatan menyeluruh berhubung dakwaan tersebut dijalankan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sheikh heikla2026-09-05 09:15:18

“Saya Menghidap Kanser Tahap Empat” – Penyanyi Rap Sheikh Haikel Kongsi Khabar Duka, Tetap Mahu Teruskan Kehidupan

The post Pengacara & Penyampai Radio Digantung Tugas, Didakwa Akses Ruang Sembang Ped*fil*a Dalam Pesawat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved