Pengadil, Pemain Bergaduh Semasa Pertandingan Bola Sepak MSSD

22 May 2024 • 8:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Insiden pergaduhan melibatkan pengadil dan pemain semasa Kejohanan Bola Sepak MSSD Kubang Pasu. - Gambar Instagram

Pertandingan sukan dalam kalangan pelajar sepatutnya menjadi tempat untuk memupuk semangat kesukanan dan saling menghormati sejak di peringkat sekolah lagi sebelum mereka melangkah lebih jauh lagi.

Bagaimanapun, insiden pergaduhan antara pemain bola sepak dengan pengadil di Kejohanan Bola Sepak MSSD Kubang Pasu B-18 pada Rabu, amat dikesali.

Rata-rata warga maya yang menyaksikan video itu kesal dengan perbuatan pelajar yang dilihat tidak menghormati orang lebih berusia dan mereka sepatutnya diberi amaran agar tidak mengulanginya lagi. - Getaran, 22 Mei 2024

        View this post on Instagram                      

A post shared by Getaranmy (@getaranmy2.0)