
DENGAN segala hormatnya saya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk Saman parkir luar waktu operasi: Pengguna mahu penjelasan MBPJ yang disiarkan pada 15 Ogos 2026.
Untuk makluman, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengambil serius perkara yang dibangkitkan dan sedang membuat semakan serta siasatan lanjut berhubung dakwaan pengeluaran saman parkir di luar waktu operasi yang tular.
Operasi tempat letak kereta berbayar di bawah pentadbiran MBPJ adalah pada Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang, manakala Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah percuma, tertakluk kepada peraturan serta ketetapan yang berkuat kuasa di lokasi berkenaan.
Sehubungan itu, bagi membolehkan pihak MBPJ membuat semakan dan siasatan dengan lebih terperinci, pengadu diminta untuk menghubungi pegawai MBPJ berikut dan mengemukakan maklumat berkaitan saman yang diterima:
Ahmad Iskandar Mukhtar
Tel: 03-7956 3544 sambungan 203
E-mel: iskandar.mukhtar@mbpj.gov.my
Nor Sarina Lamak
Tel: 03-7956 3544 sambungan 203
E-mel: norsarina@mbpj.gov.my
Maklumat seperti nombor kompaun, nombor pendaftaran kenderaan, lokasi, tarikh dan masa pengeluaran saman adalah diperlukan bagi membantu pihak MBPJ menjalankan semakan dan siasatan sewajarnya.
Kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai.-UTUSAN
SEKRETARIAT MEDIA MBPJ
