Pengajian Akademi Literasi al-Quran diperluas ke daerah secara berperingkat

11 Nov 2023 • 8:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 11 NOV: Program Pengajian Bersijil Akademi Literasi al-Quran Selangor diperluas secara berperingkat ke daerah negeri ini bermula di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sepang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi pelaksanaan peringkat kedua di Gombak dan Sabak Bernam.

“Untuk memperluaskan program ini ke daerah-daerah, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi pelaksanaan peringkat kedua (satu daerah satu masjid) di daerah Gombak dan Sabak Bernam termasuk memperkasa program sedia ada di masjid negeri bagi daerah Petaling.

“Peruntukan ini bagi menampung kos melantik tenaga pengajar, cetakan bahan pengajaran dan pembelajaran serta kos fasiliti. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan rakyat di kawasan luar bandar Selangor untuk menyertai program pengajian al-Quran ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 semalam.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved