Pengajian al-Quran terus dipertingkatkan

17 Feb 2025 • 3:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri tetap komited dalam mempertingkatkan lagi pengajian AlQuran di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, antara inisiatif yang sedang diusahakan ialah meningkatkan kapasitipengambilan pelajar Institut Tahfiz Negeri sehingga 300 orang pelajar untuk masa akan datang.

Advertisement “Langkah ini bukan sekadar ingin melahirkan lebih ramai hufaz, akan tetapi lebih menjurus ke arah membina generasi pencinta al-Quran, yakni golongan yang diharapkan sebagai pejuang tamadun bangsa berlandaskan prinsip-prinsip ajaran al-Quran.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah (JHEAINS), akan memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur pendidikan yang lebih baik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.

Advertisement“Ini termasuklah membaik-pulih sekolah-sekolah yang serba daif, selain meninjau kemungkinan membina sekolah-sekolah baharu di kawasan yang strategik, bagi menampung keperluan

semasa, sesuai dengan bilangan murid yang semakin meningkat tahun ke tahun,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 1446H/2025M di Dewan Saadah di Wisma MUIS, di sini pada Ahad.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, menyempurnakan Perutusan Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah.