Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang

31 May 2026 • 1:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang

Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah diwujudkan pada 2011 atas ilham Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam bidang agama dan akademik.

Berpusat di Istana Alam Shah, program itu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta berdisiplin untuk membentuk sahsiah pelajar.

Seawal pagi, pelajar memulakan rutin harian dengan bacaan dan hafazan al-Quran serta menunaikan solat berjemaah di Masjid Istana Alam Shah.

Aktiviti itu menjadi asas kepada pembentukan disiplin diri, penghayatan agama dan kecintaan terhadap al-Quran.

Selain memberi tumpuan kepada hafazan, pelajar turut mengulang kaji pelajaran akademik sebelum bergerak ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran formal.

Pendekatan seimbang antara pendidikan agama dan akademik membolehkan mereka menguasai kedua-dua bidang serentak.

Bagi memperkukuh kefahaman Islam, pelajar turut mengikuti sesi ceramah dan pengajian agama yang disampaikan tenaga pengajar. Sesi ini memberi peluang kepada mereka mendalami ilmu, bertanya soalan serta menghayati ajaran al-Quran dan sunnah dalam kehidupan seharian.

Di samping pembelajaran dan ibadah, pelajar juga meluangkan masa beriadah serta menikmati hidangan bersama rakan-rakan.

Rutin harian yang teratur itu membantu membentuk semangat kebersamaan, keseimbangan hidup dan ketahanan diri, selaras dengan matlamat program melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Jurufoto Mohd Khairul Helmy Mohd Din merakam aktiviti harian pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah di Klang.

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Tahfiz Istana Alam Shah bersiap dan bergerak ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran akademik.

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah berjalan menuju ke sekolah selepas selesai mengikuti sesi hafazan dan pembelajaran agama di Masjid Istana Alam Shah, Klang. Program yang menggabungkan pendidikan tahfiz dan akademik ini bertujuan melahirkan generasi huffaz yang seimbang dari segi ilmu, sahsiah serta kecemerlangan akademik.

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Tenaga pengajar membimbing pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah ketika sesi ulang kaji akademik di Masjid Istana Alam Shah, Klang. Selain memberi penekanan kepada hafazan al-Quran, program ini turut memastikan pelajar memperoleh pendidikan akademik yang berkualiti bagi melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berdaya saing dan seimbang dari segi sahsiah.

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah mengulang kaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi sesi pembelajaran seterusnya di Masjid Istana Alam Shah, Klang. Program ini menggabungkan pendidikan tahfiz dan akademik bagi melahirkan generasi huffaz yang cemerlang dalam ilmu agama serta pendidikan formal.

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar mengulang hafazan al-Quran bagi memperkukuh ingatan dan pemahaman

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah mengulang hafazan al-Quran sebagai sebahagian daripada rutin harian bagi memperkukuh ingatan, kelancaran bacaan serta penghayatan terhadap ayat suci al-Quran

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah menunaikan solat berjemaah sebagai sebahagian daripada rutin harian yang menitikberatkan pembentukan sahsiah, disiplin serta penghayatan nilai-nilai Islam di Masjid Istana Alam Shah, Klang

Pelajar Tahfiz Istana Alam Shah menikmati hidangan bersama selepas sesi pembelajaran di Masjid Istana Alam Shah, Klang

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Tahfiz Istana Alam Shah memberi tumpuan ketika mendengar ceramah agama yang disampaikan bagi menambah ilmu dan kefahaman Islam di Masjid Istana Alam Shah, Klang

Image from: Pengajian tahfiz di Istana Alam Shah lahir huffaz cemerlang, seimbang
Pelajar Program Pengajian Tahfiz Istana Alam Shah meluangkan masa beriadah sebagai sebahagian daripada rutin harian bagi mengekalkan kesihatan fizikal, meningkatkan kecergasan serta mengimbangi aktiviti pembelajaran dan ibadah

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved