
"Pengakhiran Yang Baik," Bapa Meninggal Di Tanah Suci, Lambaian Terakhir Jadi Kenangan
Selepas lebih sebulan menunaikan ibadah di Tanah Suci, jemaah haji dari seluruh dunia kini mula bergerak pulang ke negara masing-masing secara berperingkat.
Bagaimanapun, ada keluarga yang tidak dapat menyambut kepulangan insan tersayang kerana telah meninggal dunia di Tanah Suci.
Hajat bapa tercapai
Itu yang dilalui oleh Iqbal Sukri yang telah kehilangan bapanya, Mohd Sukri Zakaria atau juga dikenali sebagai Ustaz Sukri.
Menurut Iqbal, bapanya disahkan meninggal dunia pada 3 Jun di Mekah.
Baca juga:
Kematian Yang Dicemburui, Lelaki Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih
Kematian Dicemburui, Ustazah ‘Dijemput’ Ajal Saat Pimpin Majlis Khatam Al-Quran Secara “Live”
"Al-Fatihah buat ayah Mohd Sukri Bin Zakaria, semoga ayah tenang di sana.
"Semoga ayah tenang di sana, Allah dah makbulkan doa dan hajat ayah nak semadikan di sana.
"Pengakhiran yang sangat baik untuk ayah. Ayah tak nampak macam orang sakit dan jenazah ayah tersenyum," katanya.
Lambaian terakhir
Ujarnya lagi, kehilangan ini merupakan salah satu ujian yang berat buatnya sekeluarga kerana ibunya juga mengalami strok sebelum sempat menunaikan haji.

Iqbal turut berkongsi satu video yang memaparkan arwah melambai sebelum berangkat menunaikan haji.
"Lambaian terakhir buat ayah sebelum berangkat ke Tanah Suci," katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Salam takziah.. Pengakhiran yang sangat baik. Ayah saya pun meninggal pada 1 Jun 2026 di Mekah..Sama-sama kita doakan untuk ayah kita. Kuat dan tabah ya"
"Rezeki dia insan terpilih..disolat oleh ratusan ribu manusia. Moga syurga tempatnya."
"Apa amalan arwah. Beratus ribu yang solatkan termasuk saya kat sini. Kematian yang dicemburui"

