Pengalaman “Sajian Serantau” Kapitan Cafe Menyemarakkan Selera Tetamu Dengan Pelbagai Rasa Tradisional

LocalFood
27 Jan 2025 • 4:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pengalaman “Sajian Serantau” Kapitan Cafe Menyemarakkan Selera Tetamu Dengan Pelbagai Rasa Tradisional

Kuala Lumpur, 23 Januari 2025 – Santa Grand Signature Kuala Lumpur (SGSKL) menawarkan sajian istimewa. Gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa menjadi keunikan yang ditonjolkan dalam setiap masakan sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

Di SGSKL, ini adalah waktu yang terbaik untuk keluarga dan sahabat berkumpul dalam menyambut bulan yang mulia. Bagi membangkitkan kehangatan rasa masakan dari rumah, dan juga menghormati tradisi makanan dari seluruh pelusuk negara, sajian-sajian yang disediakan dari pihak hotel disediakan dengan sempurna.

image is not available

Tarikan keistimewaan sajian kali ini sudah semestinya tertumpu pada hidangan utama iaitu Kari Ikan Tanjung Dawai, Nasi Arab Kambing Bakar, Sup Kambing Dang Wangi, Asam Laksa Nyonya Peranakan, dan lebih 200 jenis aneka hidangan lain yang pelbagai. Setiap hidangan diperkaya dengan rempah ratus terbaik, mencipta ledakan rasa dalam setiap suapan.

image is not available

Mulakan santapan dengan Air Asam Boi Limau Kasturi atau Sirap Bandung Soda, serta pelbagai salad segar dan pembuka selera yang menawarkan keseimbangan rasa serta pengalaman yang menyenangkan.

image is not available

Kapitan Café yang terletak di tingkat 3 SGSKL bukan sahaja tempat untuk menjamu selera, tapi ianya sangat sesuai untuk berkumpul dalam suasana santai. Chef Mohamad Jailani Mehat merupakan individu yang bertanggungjawab dalam memastikan hidangan yang disajikan memenuhi konsep citarasa “Sajian Serantau” dan juga bahan-bahan yang digunakan berkualiti. Memetik kata-kata dari Chef Jailani, “Makanan yang disediakan pada malam ini adalah sebaik kerja berpasukan. Kami berharap tetamu kami akan meninggalkan bufet ini dengan hati yang penuh kepuasan.”

image is not available

Pengurus Besar SGSKL, Encik Yeow Hock Siew, juga menyampaikan keterujaan beliau dalam mengalu-alukan kedatangan tetamu supaya tetamu dapat menikmati pengalaman dan peluang merasai juadah tradisi dalam bulan yang istimewa ini.

“Sajian Serantau” yang dipersembahkan di SGSKL boleh dinikmati dari 3 Mac hingga 27 Mac 2025. Membuat tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan tempahan penuh pada saat-saat akhir.

Untuk maklumat lanjut dalam membuat tempahan, sila hubungi talian tempahan di: +603 2027 1969 ext. 305 atau WhatsApp +6019 339 9524 (Isnin – Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang). Kami menantikan kehadiran anda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved