Pada minggu lepas, ia telah dilaporkan bahawa mahkamah Amerika Syarikat telah mengarahkan untuk pengambilalihan syarikat Warner Brothers Discovery oleh Paramount ditunda selama dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga tentang isu anti-persaingan. Sebelum ini, Netflix dilaporkan mahu mengambil-alih WBD sebelum Paramount hadir dengan penawaran yang lebih lumayan.
Terkini, pihak Paramount telah bersetuju untuk menundakan pengambil-alihan tersebut bukan selama dua minggu, tetapi sehingga Jun 2027 untuk membolehkan semua pihak untuk menyuarakan pendapat tentang pengambil-alihan tersebut, dan supaya pihak Paramount boleh memberi jaminan bahawa ia tidak cuba untuk mencipta monopoli dalam industri perfileman dan kreatif.

Kerajaan Amerika dan Kesatuan Eropah juga secara teknikalnya telah membenarkan pengambil-alihan ini, yang bernilai $111 bilion untuk diteruskan, tetapi terdapat sejumlah pihak, khususnya kerajaan negeri dan juga pihak seperti Writers Guild of America (WGA) yang telah menentang pengambil-alihan ini, dimana pihak WGA telah memfailkan beberapa perintah injunksi terhadap Paramount.
Walaupun begitu, penangguhan pengambilalihan ini bermakna bahawa WGA telah menarik balik injunksi-injunksi ini, sekurang-kurangnya sehingga 1 Jun 2027, dimana pihak tersebut mengatakan mereka akan menentang pengambil-alihan ini sekiranya Paramount masih lagi akan meneruskan perkara tersebut.
Sumber: Engadget





