Pengambilan calon guru di IPG diperluas termasuk kepada lepasan STPM

14 Mar 2024 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kah Woh. Foto Awani

KUALA LUMPUR - Pengambilan calon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan (KPM) diperluas kepada lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan matrikulasi bagi tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (KPM), Wong Kah Woh berkata, kementeriannya berusaha memberi peluang dalam memastikan bilangan warga pendidik terus mencukupi.

“Dalam pengambilan calon latihan guru kali ini, KPM telah membuat satu pembaharuan. Ini kerana sebelum ini (pengambilan) adalah dari kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.

“Mulai tahun ini kita memperluas peluang latihan guru dengan memberi peluang kepada pelajar STPM, STAM dan lepasan matrikulasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas lawatan kerja sempena pembukaan sesi persekolahan 2024/2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai pada Khamis.

Beliau berharap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai warga pendidik yang berkaliber.

Sementara itu, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai isu sekolah sesak disebabkan kepadatan penduduk.

“Kita akan keluarkan kenyataan rasmi, kita tunggu kenyataan rasmi tersebut,” katanya. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved