Penganalisa : Telekom Malaysia Berpotensi Peroleh Nilai Besar Sekiranya Bergabung Dengan Astro

Business & Finance
23 Jun 2026 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penganalisa : Telekom Malaysia Berpotensi Peroleh Nilai Besar Sekiranya Bergabung Dengan Astro

Kebelakangan ini, saham Astro dilihat didagangkan lebih rendah berbanding beberapa tahun lepas, selain cabaran persekitaran yang tidak begitu baik untuknya. Selari dengannya, penganalisa berpendapat Astro yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan TV berbayar dan penyediaan sejumlah kandungan, berkemungkinan menjadi sasaran pengambil-alihan atau gabungan.

Dan menyentuh mengenainya, penganlisa MBSB Research berpendapat yang mana Telekom Malaysia berpotensi untuk memperoleh nilai lebih besar sekiranya bergabung dengan Astro berbanding dengan syarikat penyedia rangkaian mudah-alih.

Image from: Penganalisa : Telekom Malaysia Berpotensi Peroleh Nilai Besar Sekiranya Bergabung Dengan Astro

TM sedia mempunyai akses kepada pelbagai rumah dan kediaman melalui penawaran perkhidmatan internet mereka. Malah, TM sendiri mempunyai penawaran dinamakan Unifi TV yang menyediakan sejumlah kandungan, termasuk mempunyai hak penyiaran Piala Dunia FIFA.

Astro sedia mempunyai kepakaran dalam bidang kandungan, selain portfolio pustaka kandungan bersaiz besar. Kedua-duanya dilihat sebagai akan saling melengkapi, sekaligus memudahkan perluasan perkhidmatan dan penambahan pelanggan.

Walaubagaimanapun, ini sekadar pendapat penganalisa, dan bukannya perbincangan antara kedua-dua pihak Astro dan TM. Bagi anda sendiri, adakah anda akan lebih menyukai sekiranya TM dan Astro bergabung.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved