Penganggur Bakal Dipenjara, Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Darjah 5

22 Sep 2023 • 3:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mengaku rogol adik ipar 11 tahun

Penganggur Bakal Dipenjara, Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Darjah 5. Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lepas.

Bapa kepada seorang anak itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

image is not available
Penganggur Bakal Dipenjara, Mengaku Bersalah Rogol Adik Ipar Darjah 5. Kredit: Astro Awani

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Ipoh kira-kira jam 11 malam, 16 September lalu.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan juga dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual

Terhadap Kanan-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

image is not available

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Rhozariah Mohd manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh ditahan pada Selasa lepas selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Mengikut laporan, tertuduh memanggil mangsa di ruang tamu rumah dan meminta bantuan mangsa untuk mengorek telinga sebelum secara tiba-tiba menarik mangsa naik ke bilik dan merogolnya.

Baca lagi artikel menarik: