Penganggur curi 300 telur ayam dipenjara 6 bulan

19 Oct 2023 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang penganggur yang mencuri 300 biji telur ayam membabitkan 10 papan telur daripada seorang peniaga, dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Rakib Hassan, 39, mengaku salah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun bahawa dia melakukan jenayah itu di kawasan parkir Tapak 100 Tahun, Jalan Dunlop kira-kira jam 9.30 pagi, pada 13 Oktober lalu.

Menurut fakta kes, tertuduh mencuri telur ayam dianggarkan bernilai RM147 itu yang diletakkan di bahagian ruang simpanan barang sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, sebelum melarikan diri.

Tertuduh juga sempat menjual telur berkenaan pada harga RM10 sekotak kepada individu lain yang tidak dikenali sebelum dia ditahan polis pada 11.55 pagi, hari sama ketika datang semula ke tapak parkir tersebut.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Rakib, pemegang dokumen IMM13 dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, ASP Nur Intan Jamrin, tampil mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.