Penganggur didakwa bunuh ibu saudara

LocalPolitics
15 Nov 2024 • 1:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPOH, 15 NOV: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang, di sini minggu lepas.

Lee Hao Yi, 21, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa membunuh Lee Huey Ting, 54, antara pukul 1 pagi pada 6 Nov hingga 8.25 pagi, 10 Nov lepas, dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Siti Nora Sharif kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 18 Feb depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahad lepas media melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun susulan penemuan mayat ibu saudaranya dalam keadaan membusuk di sebuah rumah di Taman Puteri Lindungan Bintang.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved