Penganggur didakwa cederakan, ugut adik perempuan

15 Jul 2025 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan dan mengugut adik perempuannya.

Insun Habbil, 33, yang tampil di hadapan Majistret Marilyn Kelvin dan Dzul Elmy Yunus, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.

Bagi pertuduhan pertama, Insun didakwa mencederakan adiknya, Ailinah Habbil, 30, jam 8.30 pagi, pada 6 Julai, di sebuah rumah di Kampung Padas, Manggatal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Marilyn menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes pra-bicara (ptcm) dan membenarkan Insun diikat jamin sebanyak RM1,700 dengan dua penjamin serta syarat tambahan supaya tidak mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di Balai Polis berhampiran setiap bulan.

Terdahulu, Inspektor Yusri Basri mencadangkan ikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin.

Bagi pertuduhan kedua, Insun didakwa mengugut Ailinah secara jenayah pada masa dan tempat sama, dengan niat menimbulkan ketakutan terhadap keselamatan mangsa.

Pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Dzul Elmy Yunus menetapkan 21 Ogos untuk ptcm dan membenarkan Insun diikat jamin sebanyak RM1,600 dengan dua penjamin.

Dalam kes berasingan, seorang pekerja dobi didakwa memiliki sebuah motosikal curi.

Mohammad Salleh, 36, meminta dibicarakan di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan memiliki sebuah motosikal Yamaha 135LC kelabu curi, kepunyaan Mohamad Al Hashemi Hasbullah, pada jam 12.15 tengah hari, 7 Julai, di Penampang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Majistret Marilyn menetapkan 26 Ogos untuk ptcm dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin serta diperintah melapor diri di balai polis sebulan sekali.