
Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dua pertuduhan mengedar dadah.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Amar Maruf Makruf selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Bagi pertuduhan pertama, Amar didakwa mengedar 2,844.18 gram 3,4 Methylenedioxymethamphetamine pada 18 Mei tahun ini, jam 11.21 malam, di kawasan letak kereta tingkat empat, Kompleks Asia City, di sini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Bagi pertuduhan kedua, Amar didakwa mengedar 231.55 gram ketamin di tempat dan waktu yang sama.
Setiap pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan minimum 15 kali, jika sabit kesalahan.
Amar turut didakwa memiliki 5 gram Nimetazipam di lokasi dan waktu yang sama.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 12(2) ADB.
Mahkamah menetapkan 9 Julai sebagai tarikh sebutan semua kes sementara menunggu laporan kimia.
Amar diperintahkan untuk direman lanjut sehingga tarikh itu memandangkan dua pertuduhan mengedar dadah yang dihadapinya tidak membenarkan jaminan.
Dia tidak diwakili peguam.
Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.


