Penganggur didakwa rogol remaja

22 Aug 2023 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 34 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol seorang remaja.

Penganggur itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol remaja berusia 15 tahun itu pada jam 11 pagi, 25 Julai tahun ini di kawasan semak di Jalan Marak Parak, Kota Marudu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol remaja sama pada pukul 2 petang pada hari yang sama dalam semak berhampiran sebuah kampung di Jalan Marak Parak, Kota Marudu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara lima dan 30 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 20 Sept tahun ini untuk pengurusan kes pra perbicaraan dan tiada jaminan ditawarkan kepada lelaki itu.

Timbalan Pendakwa Raya Jessica Ombou Kakayun hadir untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.

Di mahkamah lain, dua pendatang tanpa izin masing-masing dipenjara lima bulan dan dikenakan satu sebatan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Adam Abdul Raji dan Sabri Abtani Totok mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, kepada pertuduhan terhadap mereka.

Mereka ditahan di kawasan Bandaraya dan Papar pada 14 Julai dan 8 Ogos tahun ini oleh polis selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Selepas hukuman penjara mereka tamat, mahkamah memerintahkan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk pengusiran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.