Penganggur didenda RM1,500 cederakan anak JL Fara

LocalPolitics
18 Mar 2026 • 10:09 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KOTA BHARU – Seorang penganggur, Syed Zamri Syed Zainuddin, 20, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Selasa atas tuduhan mencederakan bekas tunangnya bulan lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM1,500 atau menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayarnya.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Syed Zamri didakwa dengan sengaja mencederakan Putri Fasha Felisa Mohd Izhan, 19, anak usahawan kosmetik JL Fara, di sebuah rumah di belakang Sekolah Raja Bahar, Taman Ehsan, pada jam 5.30 petang, 21 Februari lalu.

Kejadian berlaku susulan pertengkaran antara mereka yang berakhir dengan pergelutan.

Difahamkan, keluarga Putri Fasha Felisa bertindak memutuskan pertunangan dan membatalkan perkahwinan yang dijadualkan selepas Aidilfitri. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved