Penganggur samun kedai emas guna pistol mainan direman

7 Dec 2022 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek (tiga dari kiri) dibawa ke lokap Mahkamah Majistret Ipoh selepas selesai mendapatkan perintah reman pada Rabu.

IPOH - Seorang penganggur yang ditahan selepas menyamun kedai emas dengan bersenjatakan pistol mainan di Jalan Sultan Iskandar di sini pada Selasa direman selama enam hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liyana Mohd Darus mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu.

Reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu akan berakhir Isnin ini.

Suspek yang mengalami patah tangan kiri selepas terjatuh ketika melarikan diri dalam kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata.

Dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, suspek yang berasal dari Negeri Sembilan telah masuk ke sebuah kedai emas kononnya untuk membeli seutas rantai.

Selepas melihat rantai itu, suspek bertindak mengambil barang kemas berkenaan dengan mengacukan senjata menyerupai pistol sebelum melarikan diri.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikejar oleh orang awam dan kes dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved