Penganggur terlepas tali gantung, ganti 30 tahun penjara, dan 12 sebatan

LocalPolitics
25 Sep 2024 • 4:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang penganggur berusia 29 tahun terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Rayuan pada Selasa meringankan hukuman matinya kepada penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh abang iparnya tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Supang Lian, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Wong Kian Kheong membuat keputusan sebulat suara dan meringankan hukuman mati Aldin Tawasik selepas mendengar rayuannya.

Aldin diperintahkan menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap.

Dia pada 15 Okt 2021 dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah membunuh Ronston Tunai, pada 16 Jun 2017, jam 3 petang, di Kg Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah, Lahad Datu.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan susulan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 302, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun ke atas pesalah jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Pesalah lelaki juga hendaklah dihukum sebat tidak kurang daripada 12 sebatan.

Terdahulu, peguam Datuk Ram Singh bersama peguam Chen Wen Jye, mewakili Aldin, memaklumkan mahkamah dengan menulis surat representasi untuk mengurangkan hukuman, yang disahkan oleh pihak pendakwaan telah menerimanya.

Ram merayu hukuman penjara minimum 30 tahun kerana perayu, merupakan pesalah pertama, berumur 22 tahun semasa kesalahan dilakukan, telah direman selama tujuh tahun dan mangsa adalah abang iparnya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari bagi pihak pendakwaan selaku responden mencadangkan hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.