Penganggur tunjuk kemaluan kepada wanita dipenjara

15 Sep 2023 • 4:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang penganggur warga tempatan dihukum penjara setahun di Mahkamah Majistret di sini, Khamis, kerana menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita melalui panggilan video, bulan lepas.

Raziman Ibrahim, 35, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun bahawa dia melakukan perbuatan itu di Kg Tanjung Batu Keramat, lebih kurang 3 petang 19 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa menunjukkan kemaluannya dengan membuat panggilan video melalui telefonnya kepada wanita berusia 38 tahun itu, dengan niat melakukan perbuatan lucah.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Menurut fakta kes, tertuduh ditahan di sebuah rumah di Felda Umas sekitar 4.25 petang 10 September lalu susulan laporan polis dibuat mangsa yang mendakwa tertuduh selalu membuat gangguan seksual melalui panggilan video kepadanya.

Hasil siasatan mendapati, tertuduh menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dengan niat melakukan perbuatan lucah.

ASP Nur Intan Jamrin tampil mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.