Penganjur Konsert Coldplay di Malaysia Mohon Penonton Berhemah

Music
16 Nov 2023 • 11:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Para peminat band terkenal Britain, Coldplay pastinya sudah tidak sabar menanti kehadiran mereka yang akan mengadakan persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan.

Beri peringatan sepanjang konsert

Sehubungan dengan itu, pihak pengajur telah memuat naik peringatan yang perlu dipatuhi semua sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Penonton Coldplay yang berniat jahat tak dibenar masuk

Pihak Live Nation memaklumkan sebarang tindakan menunggu artis atau bermalam di luar kawasan stadium adalah dilarang kerana dikhuatiri mengganggu keselamatan dan keselesaan artis serta orang awam yang akan berada di sana nanti.

Dalam pada itu, mereka juga menegaskan yang tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kemalangan serta akan menangkap sesiapa yang bertindak melakukan masalah ketika hari konsert.

Ia boleh mengakibatkan kemalangan atau kesulitan membabitkan khalayak awam. Setiap pihak yang terbabit harus menangani sebarang kemalangan atau insiden tercetus disebabkan tindakan sedemikian.

Artis, penganjur dan pihak lokasi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan dan insiden akibat daripada tindakan sedemikian.

Sebarang kelakuan berniat jahat, individu terbabit tidak akan dibenarkan memasuki lokasi persembahan dan mungkin diserahkan kepada pihak polis untuk didakwa.

image is not available

Barang larangan tidak dibenar masuk ke konsert Coldplay

Tak hanya itu, Live Nation juga memuat naik beberapa barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam venue seperti minuman, binatang peliharaan, komputer riba mahu pun gajet, alatan merbahaya seperti mercun, minuman keras dan banyak lagi.

image is not available

Difahamkan, Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur bakal berlangsung pada 22 November 2023 ini.

Penebusan tiket dinyatakan boleh dilakukan bermula jam 12 tengahari dan pintu masuk konsert dibuka jam 5 petang.

Sumber: Instagram livenation